fbpx

SOP PRN Johor lebih longgar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHAIRY Jamaluddin menyaksikan Majlis Pemeteraian Kerjasama Promosi Kesihatan antara Wellness Hub Kementerian Kesihatan dan Rakan Strategik, di Wellness HUB, Bagan Pinang, Port Dickson, hari ini.-Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

PORT DICKSON – Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan, prosedur operasi standard (SOP) bagi pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan lebih longgar berbanding SOP sewaktu PRN Melaka dan Sarawak.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, kelonggaran itu mengambil kira tiada wujudnya sebarang kluster jangkitan Covid-19 di dua PRN tersebut.

Bagaimanapun, menurutnya, perincian berhubung SOP di PRN Johor itu hanya akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum hari penamaan calon.

“SOP PRN Johor ada sedikit kelonggaran. Saya melihat daripada segi dua perkara, PRN Melaka dan Sarawak ramai mengecam kerana saya membenarkan PRN Melaka dan Sarawak sedangkan pada waktu itu, kami sudah yakin dengan liputan vaksinasi, SOP yang ketat dan tidak akan berlaku peningkatan kes.

“Saya juga menyimpan banyak komen dalam media sosial bahawa saya nak memudaratkan kesihatan negara dengan membenarkan PRN. Sekarang ini akan berlaku peningkatan kes disebabkan negara sedang mengalami gelombang Omicron tetapi bezanya seperti saya sebut tadi saya mengharapkan kes tidak bergejala teruk dan boleh diteruskan dengan mengadakan pilihan raya.

“SOP masih agak ketat namun bukan seperti sebelum pandemik Covid-19 kerana ada perkara Kementerian Kesihatan tidak benarkan dan perkara yang dibenarkan, serta lebih banyak benda saya akan benarkan berbanding PRN Melaka dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pemeteraian Kerjasama Promosi Kesihatan Antara Wellness Hub Kementerian Kesihatan Malaysia dan Rakan Strategik di Wellness Hub, Bagan Pinang di sini hari ini.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI