fbpx

Rodgers tetap puas biarpun tewas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RODGERS

LIVERPOOL – Meskipun tewas 0-2 kepada Liverpool pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield awal pagi semalam, namun pengurus Leicester City, Brendan Rodgers tetap bangga dengan aksi yang ditampilkan barisan pemainnya.

Beliau berkata, The Foxes menunjukkan aksi lebih baik dalam perlawanan itu berban­ding ketika dimalukan Nottingham Forest 1-4 pada pusingan keempat Piala FA sebelum ini.

Justeru, Rodgers menganggap mereka sudah mengembalikan maruah pasukan menerusi aksi yang ditampilkan semalam, lebih-lebih lagi terpaksa beraksi tanpa kelibat ramai pemain utama.

“Saya fikir kami sudah semakin hampir untuk bermain seperti biasa dan berjaya mengembalikan maruah pasukan. Memang sukar berdepan lawan seperti Liverpool tetapi jelas permainan sudah mening­kat.

“Kami tidak memberikan mereka banyak peluang untuk jaringkan gol tetapi masih ada kekurangan ketika situasi bola mati. Secara keseluruhan, saya gembira dengan semangat serta kesungguhan para pemain,” katanya.

Beliau turut menjelaskan, Leicester masih berpeluang untuk memperbaiki kedudukan dalam liga memandangkan mereka masih kurang tiga perlawanan berbanding pasukan-pasukan lain biarpun ada yang menganggap mereka semakin hampir ke zon penyingkiran.

“Kami beraksi kurang tiga perlawanan jika dibandingkan dengan kebanyakan pasukan, jadi saya tidak bimbang. Saya percaya dengan aksi seperti ini kami boleh kembalikan rentak kemenangan,” ujar Rodgers.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI