RAWANG – Seorang remaja perempuan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 10 sebuah flat di Persiaran Tun Teja 3, Taman Tun Teja, di sini petang tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 3.17 petang.
“Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dikejarkan ke tempat kejadian.
“Setibanya di lokasi, anggota bomba menemui mayat seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan telah mati,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Norazam, pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berada di tempat kejadian sebelum bomba tiba.
“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada Hospital Selayang untuk tujuan bedah siasat,” ujarnya. – K! ONLINE.