fbpx

Ratusan jerung berenang di terumbu karang tiruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan jerung spinner berenang dalam satu kumpulan besar. - Center for Sportfish Science and Conservation

AUSTIN, TEXAS – Sebuah video yang memaparkan beratus-ratus ekor jerung berenang di kawasan terumbu karang buatan manusia disifatkan sebagai situasi yang jarang ditemui oleh penyelidik-penyelidik hidupan liar, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menerusi klip video tersebut, jerung spesies spinner itu dilihat berenang bersama-sama tanpa menunjukkan tingkah laku ‘pemangsa’ yang mengesahkan bahawa haiwan berkenaan sihat dan cukup makan.

Terumbu karang tiruan yang terletak 9.65 kilometer dari luar pantai Port O’Connor, negeri Texas itu dibina untuk menggalakkan lebih banyak hidupan marin mendiami perairan itu selain mewujudkan kawasan memancing.

Pusat Sains dan Pemuliharaan Sportfish memuat naik video ‘bertaraf dunia’ itu di laman Facebook pada 8 Februari lalu.

“Jerung-jerung ini bercampur dengan ikan spesies Jack Crevalle tetapi tidak menunjukkan tingkah laku pemangsa,’’ demikian menurut kapsyen pada video tersebut.

Pelajar Ijazah Kedoktoran (PhD), Kelsey Martin yang merupakan seorang penyelidik di Pusat Sains dan Pemuliharaan Sportfish merakam kejadian itu di terumbu bernama ‘Keeping it Real’ itu yang diperbuat daripada konkrit.

Jerung spinner biasanya boleh mencapai panjang tiga meter dengan berat maksimum 90 kilogram. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI