fbpx

‘Penyeludup junior dapat upah RM450’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki ditahan PGA di Batu Caves, Selangor pada Mei lalu selepas terlibat pengedaran rokok seludup.

SHAH ALAM – Penyeludup senior dikesan merekrut mereka­ yang kehilangan kerja akibat pandemik Covid-19 yang terdiri daripada bekas pekerja kantin dan peniaga kecil-­kecilan untuk membawa masuk bara­ngan dengan upah antara RM200 hingga RM450 untuk satu lokasi.

Pegawai Pemerintah Bata­lion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Rizal Mohamed memberitahu, penyeludup senior itu terdiri daripada empat kumpulan yang telah dikenal pasti oleh pihak berkuasa.

Katanya, taktik ini terbukti apabila 23 daripada 32 individu yang ditahan merupakan warga tempatan berusia 18 tahun sehingga 50-an.

“Kerja penghantar tidak memerlukan kelulusan tinggi, cukup sekadar hanya tahu memandu dan tambahan krisis Covid-19 yang berterusan juga memberi tekanan kepada ba­nyak perniagaan sehingga ke tahap bankrap dan sukar mencari kerja.

“Jadi, dengan upah RM450 contohnya sekiranya dapat dilakukan dalam dua kali seminggu sudah cukup memberikan kelegaan kepada ahli sindiket bagi menampung kehidupan mereka,” katanya kepada ­Kosmo! baru-baru ini.

Jelas beliau, kenderaan digunakan sindiket adalah pelbagai jenis bagi mengaburi dan mengelakkan dikesan pihak berkuasa termasuk seperti Toyota Vellfire dan Alphard, Proton Wira serta van.

Tambah Rizal, sindiket rokok juga lebih gemar memilih rumah berpengawal dan teres yang disewa mereka sebagai stor lokasi penyimpanan berbanding kondominium atau apartment seperti dilakukan sindiket dadah.

“Ini bagi memudahkan pemunggahan atau pemindahan rokok dalam kuantiti yang ba­nyak dan besar. Justeru, orang ramai atau sekitarnya tidak syak wasangka setiap kali akti­viti dilakukan,” katanya.

Kosmo! semalam melaporkan, operasi berterusan oleh pihak berkuasa ke atas aktiviti pengedaran dan pemprosesan dadah membuatkan banyak sindiket kini ibarat cacing kepanasan sehingga mengakibatkan mereka beralih kepada kegiatan penyeludupan rokok khususnya di Lembah Klang. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI