fbpx

Pemandu Toyota Hilux maut langgar belakang lori roti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta dipandu mangsa yang melanggar belakang lori di Kilometer 312.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Tapah semalam.- Foto IHSAN PDRM

TAPAH – Seorang lelaki maut setelah pacuan empat roda yang dipandunya merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 312.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini semalam.

Nahas pada pukul 11 malam itu mengorbankan Shaik Shafiq Shaik Abdul, 31, di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dipandu mangsa melanggar belakang sebuah lori.

Katanya, akibat pelanggaran itu, mangsa cedera parah dan maut di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat manakala pemandu lori muatan roti berusia 53 tahun tidak cedera.

“Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI