fbpx

Menantu acu pistol kerana mentua sering campuri hal rumah tangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menunjukkan senjata api yang digunakan suspek dalam kejadian tersebut. – Sindo News

JAKARTA – Gara-gara tidak tahan dengan sikap mentua yang sering masuk campur dalam urusan rumah tangganya, seorang lelaki di  wilayah Sumatera Selatan bertindak mengacukan pistol ke arah mereka serta mengugut untuk melepaskan tembakan, lapor laman berita Sindo News semalam.

Ketua Polis Gandus Palembang, Asisten Komisioner Polis Kusyanto berkata, suspek, Dedi Tetra Utama @ Pakcik, 47, bagaimanapun hanya melepaskan tembakan ke udara dan tiada sesiapa yang dilaporkan cedera.

“Polis memberkas suspek bersama bahan bukti iaitu sepucuk pistol jenis FN yang berisi peluru.

“Kami masih menyiasat bagaimana suspek boleh memiliki senjata api itu.

“Selain itu, suspek turut mengaku dia  berasa berang terhadap ibu dan bapa mentuanya yang sering mencampuri urusan rumah tangganya,” kata Kusyanto.

Dalam pada itu, suspek yang hanya berdiam diri selepas ditangkap polis mengakui kejadian tersebut.

“Saya berasa marah. Urusan rumah tangga sering dicampuri (oleh mentua),” katanya.

Jika disabitkan bersalah, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 12 tahun kerana memiliki senjata api dan mengancam untuk melakukan jenayah. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI