fbpx

Malaysia gagal jika tidak ke final BATC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA giat menjalani latihan di ABM, Bukit Kiara menjelang kejohanan BATC 2022 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam bermula 15 hingga 20 Februari ini.

PERSEORANGAN lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia menganggap skuad badminton lelaki kebangsaan gagal sekiranya tidak melangkah ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di Shah Alam, Selangor minggu depan.

Dia yang sudah bergelar pemain profesional berkata, Malaysia boleh dianggap sebagai pasukan terkuat pada saingan kali ini memandangkan pasukan-pasukan lain hanya menghantar skuad kedua mereka.

Meskipun berdepan tekanan tinggi dengan sasaran diletakkan, namun Zii Jia yang juga juara kejohanan Seluruh England (All England) menegaskan, mereka perlu bersedia sepenuhnya, lebih-lebih lagi turun sebagai tuan rumah.

“Secara jujur, saya bukannya mahu beri tekanan kepada diri sendiri tetapi semua orang tahu kebanyakan pasukan lain hantar skuad kedua. Oleh itu, kita tidak ada pilihan selain muncul juara.

“Tidak kira tekanan atau tidak, ini (juara) adalah sasaran kita. Paling kurang pun, kita perlu masuk ke final. Jika tidak, saya anggap diri sendiri dan pasukan gagal kerana kita adalah pasukan terkuat,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara semalam.

Zii Jia yang meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) beberapa minggu lalu kembali semula ke pusat latihan skuad negara dalam usaha mempersiapkan diri bagi menghadapi BATC 2022 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam bermula 15 hingga 20 Februari ini.

Mengulas mengenai kemungkinan bertemu juara dunia dari Singapura, Loh Kean Yew di pe­ringkat kumpulan, pemain No.7 dunia itu menganggap perlawanan itu sangat penting buat ke­dua-dua pemain.

“Sudah pasti perlawanan itu sangat penting untuk saya, begitu juga Kean Yew kerana dia tentu mahu mempertahankan kedudukannya sebagai juara dunia. Saya tahu ia sukar tetapi saya sudah sedia untuk ambil tanggungjawab ini,” ujarnya.

Malaysia pastinya mahu meng­ulangi pencapaian dua tahun lalu apabila melangkah ke perlawanan akhir sebelum tewas 1-3 kepada Indonesia dan pada edisi kali ini pasukan negara diundi dalam Kumpulan B bersama Jepun, Singa­pura serta Kazakhstan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI