fbpx

Klopp akui Liverpool sukar buru Man. City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOTA berjaya meledak dua gol ketika membantu Liverpool menumbangkan Leicester pada aksi di Anfield awal pagi semalam. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Li­verpool, Jurgen Klopp percaya pasukannya masih sukar untuk mengejar kedudukan Manchester City walaupun menang 2-0 ke atas Leicester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield awal pagi semalam.

Dua gol menerusi penyerang, Diogo Jota sudah cukup untuk memastikan The Reds terus memberi tekanan terhadap City dalam perebutan takhta liga musim ini apabila merapatkan kedudukan dengan perbezaan sembilan mata.

Walaupun masih kurang satu perlawanan berbanding City, namun Klopp menganggap mereka masih berdepan tugas sukar untuk memintas skuad kendalian Pep Guardiola itu yang sering menampilkan aksi konsisten.

“Saya tidak fikir mereka (City) bimbang dengan kedudukan kami ketika ini kerana perbezaan mata masih jauh. Saya hanya mahu semua pemain fokus untuk menang dalam setiap perlawanan selepas ini.

“Mungkin aksi kami hari ini (semalam) bukanlah yang terbaik tetapi ia sudah memadai untuk mendapatkan tiga mata. Kami layak untuk menang, jadi itu perkara paling utama,” katanya.

Pada masa sama, beliau juga memuji aksi yang ditampilkan Jota selepas pemain antarabangsa Portugal itu sudah meledak lima gol dalam empat perlawanan terakhir bersama The Reds.

“Dia menjaringkan dua gol yang cukup menarik dan saya gembira kerana dia berada pada prestasi terbaik ketika ini. Saya yakin dia akan menjadi seorang pemain terbaik untuk pasukan ini kerana potensi­nya sangat besar,” ujar pengendali dari Jerman itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI