fbpx

Kerajaan kenal pasti 92 projek sakit babitkan kementerian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustapa (dua dari kiri) menyaksikan penyerahan dokumen projek Pintasan Jalan Chedok ke Nibong antara Mohd. Suhaili (kanan) dan Nasrul Haqiim di Bukit Bunga, Jeli hari ini. - Foto ROSALWANI CHE SOH

JELI – Kerajaan telah mengenal pasti sebanyak 92 projek sakit atau bermasalah melibatkan projek di bawah kementerian di seluruh negara sehingga menyebabkan kelewatan melebihi jadual dua bulan atau 20 peratus berbanding tempoh pelaksanaan yang ditetapkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, antara punca utama yang dikenal pasti menjadi penyumbang kepada masalah itu adalah kelewatan kontraktor menyiapkan projek, perunding selain isu melibatkan pelaksanaan projek seperti masalah koordinasi antara klien, agensi pelaksana dan pihak ketiga.

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 22 projek projek sakit merupakan projek di bawah Kementerian Pendidikan dan menjadi antara jumlah yang paling banyak masalah berbanding dengan kementerian lain.

“Mengikut negeri pula, Sabah mempunyai projek sakit yang paling tinggi iaitu sebanyak 16 projek.

“Sehubungan dengan itu, kita telah mengambil tindakan sewajarnya untuk memantapkan kriteria pemilihan dan pelantikan kontraktor, perunding selain usaha-usaha meningkatkan kemahiran penjawat awam dalam menguruskan
projek pembangunan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Projek Pintasan Jalan Chedok ke Nibong di Bukit Bunga di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI