PUTRAJAYA – Kadar kebolehjangkitan negara semalam mencatatkan nilai Rt 1.51.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi satu ciapan di laman Twitter memaklumkan bahawa kesemua negeri melaporkan nilai Rt melebihi 1.
Pada masa sama, Labuan merekodkan kadar kebolehjangkitan melepasi 2 sekali gus tertinggi berbanding negeri-negeri lain iaitu nilai Rt 2.31.
“Ia diikuti oleh Sarawak (1.82), Sabah (1.65), Perlis (1.51), Pulau Pinang , Putrajaya (1.43), Kelantan (1.41), Terengganu (1.39), Johor (1.38), Negeri Sembilan (1.37).
“Kedah (1.37), Pahang (1.34), Melaka (1.30), Selangor (1.29), Perak (1.26) dan Kuala Lumpur (1.24),” demikian hantaran pada Twitter beliau di sini hari ini. -K! ONLINE