KEKURANGAN pemain dan isu jangkitan Covid-19 memaksa juara bertahan Kejuaraan B-23 Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), Indonesia melepaskan trofi pertandingan lebih awal apabila sah menarik diri daripada mengambil bahagian.
Pengumuman yang dibuat oleh Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) selepas mendapat persetujuan daripada pengurusan dan mengambil kira pandangan pengendali pasukan, Shin Tae Yong.
Perkhabaran ini beri sedikit kelegaan buat skuad negara yang mungkin berpeluang menyimpan tenaga dalam saingan Kumpulan B dan hanya perlu mengharungi dua perlawanan bertemu Myanmar pada 15 Februari serta Laos (18 Februari)
“Dengan sangat menyesal, kami harus membatalkan penyertan Indonesia di Piala AFF B-23 karana alasan di atas. Kami meminta maaf kepada semua pihak kerana situasi ini di luar kawalan kami.
“Saat ini kami fokus untuk penyembuhan pemain yang dijangkiti Covid-19 dan yang mengalami cedera,” kata Setiausaha Agung PSSI, Yunus Nusi.
PSSI semalam mengesahkan tujuh pemainnya, Ronaldo Joybera R Junior, Muhammad Ferrari, Braif Fatari, Taufik Hidayat, Irfan Jauhari, Ahmad Figo Ramadhani dan Cahya Supriyadi djangkiti Covid-19.
Empat lagi pemain Alfeandra Dewangga, Genta Alparedo, Muhammad Kanu Helmiawan, dan Marcelino Ferdinan masih dalam proses pengasingan kerna berada sebilik dengan tujuh pemain yang positif.
Hanya tiga juara kumpulan dan satu naib juara terbaik akan mara ke peringkat separuh akhir yang dijadualkan berlangsung 24 Februari ini.