fbpx

Beijing bantu Hong Kong tangani gelombang kelima Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pekerja kesihatan di Pusat Kuarantin Penny’s Bay dilihat sedang menjalankan tugas. – Yik Yeung-man

BEIJING – Pegawai dan pakar China akan bertemu rakan sejawat mereka dari Hong Kong di Shenzhen untuk membincangkan cara terbaik membantu untuk bandar raya  itu memerangi gelombang kelima jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat, lapor akhbar South China Morning Post kelmarin.

Menerusi satu kenyataan kelmarin, Pejabat Hal Ehwal Hong Kong dan Macau (HKMAO) peringkat Kabinet menyatakan, pemerintah China sangat prihatin terhadap gelombang kelima Covid-19 yang menyerang Hong Kong.

Seorang jurucakap HKMAO berkata, mesyuarat berkenaan akan membincangkan langkah-langkah bagi menyokong usaha Hong Kong membendung pandemik Covid-19 serta menjamin bekalan dari Beijing ke bandar raya itu.

Sumber yang berpangkalan di Beijing berkata, mesyuarat tersebut boleh diadakan seawal hari ini  dengan China bersiap sedia untuk menghantar beribu-ribu kakitangan perubatan dan makmal bergerak serta berjuta-juta kit ujian Covid-19 untuk membantu menyelamatkan Hong Kong.

“HKMAO, pejabat perhubungan Hong Kong, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan serta pegawai-pegawai dari Guandong dan Shenzhen akan menyertai pegawai-pegawai Hong Kong untuk menyemak senarai keperluan dalam memutuskan cara terbaik untuk bergerak ke hadapan,’’ kata sumber tersebut.

“Langkah pertama adalah dengan meningkatkan keupayaan ujian Covid-19 di Hong Kong. Pengesanan kontak serta langkah kuarantin turut akan dibincangkan,’’ tambah beliau.

Menurut beliau, pasukan Hong Kong akan diketuai oleh Ketua Setiausaha, John Lee Ka-chiu.

Pihak berkuasa China turut mengerahkan lebih ramai tenaga kerja di pusat pemeriksaan di sempadan untuk mempercepat pemprosesan trak rentas sempadan bagi mengurangkan masalah bekalan sayur-sayuran dan makanan segar. 

Dalam pada itu, pegawai-pegawai di Shenzhen sebelum ini mengesahkan bahawa tujuh pemandu trak telah diuji positif Covid-19 setakat Isnin lalu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI