fbpx

Amaran ribut petir, hujan lebat di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat bagi negeri Sabah petang ini.

Menurut MetMalaysia, keadaan itu dijangka berlaku sehingga pukul 5 petang.

“Ia melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Sandakan (Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

“Selain itu, keadaan yang sama turut diramalkan berlaku di seluruh bahagian Labuan,” katanya.

Jelasnya lagi, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam dan sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI