fbpx

Wanita kecewa hasrat berkahwin dengan hantu ditentang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Brocarde mula bercinta dengn hantu askar dari era Victoria, Edwardo, pada tahun lepas. – JamPress

LONDON – Seorang wanita di Britain mendedahkan bahawa perancangannya untuk berkahwin dengan hantu terganggu kerana menerima ancaman daripada pihak gereja yang mahu   melakukan upacara pengusiran syaitan, lapor akhbar Metro UK semalam.

Brocarde, 38, berkata, dia mula bercinta dengn hantu askar dari era Victoria, Edwardo, pada tahun lepas. Hantu itu muncul di rumahnya secara tiba-tiba dan sejak itu, mereka mula menjalinkan hubungan istimewa.

“Kami sedang berselisih faham mengenai tarikh perkahwinan. Saya mahukan majlis perkahwinan dilangsungkan pada musim panas, namun Edwardo tidak suka pada haba,” katanya.

Tambah Brocarde, dia dan Edwardo berkomunikasi menerusi pelbagai cara luar biasa. Hantu itu sering menghantar pesanan secara samar-samar di bilik mandi.

“Ia menunjukkan emosinya dengan menghantar sensasi yang berasa panas dan sejuk ke badan saya,” katanya.

Menurut Brocarde, dia kini menghadapi tentangan untuk berkahwin dengan Edwardo kerana banyak gereja mengancam untuk melakukan upacara pengusiran syaitan ke atasnya.

“Saya mahu mengadakan majlis perkahwinan yang indah namun ramai orang tidak dapat melihat matlamat ini.

“Edwardo juga kerap memunculkan diri namun ia berasa tidak selesa berada di dalam gereja. Ia amat berisiko untuknya,” kata Brocarde. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI