fbpx

‘Syukur mudahkan, tapi kami bimbang kes naik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAKAL jemaah umrah kini tidak perlu menunjukkan status vaksinasi ketika mengerjakan ibadah berkenaan. GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Peraturan baharu kerajaan Arab Saudi yang hanya mewajibkan keputusan ujian pantas antigen (PCR) dalam tempoh 48 jam sebelum berlepas mendapat reaksi pelbagai daripada bakal jemaah umrah.

Rata-rata mereka menyifatkan langkah itu memudahkan, namun ada juga yang risau dengan penularan wabak Covid-19.

Di Terengganu, Pengurus agensi pengurusan umrah, Andalusia, Ahmad Amirul Amin berkata, bakal jemaah umrah tidak mempunyai masalah terhadap peraturan baharu itu kerana ia sememangya sudah menjadi amalan mereka di negara ini.

“Sebelum ini, prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan ialah menjalani ujian PCR dalam tempoh 72 jam sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Antarangsa Kuala Lumpur (KLIA), namun kini 48 jam pula.

“Bagaimanapun, ia akan memberi masalah kepada sebahagianbakal jemaah yang menetap antaranya di Terengganu kerana kekangan waktu,” katanya.

Tambah Ahmad Amirul, jemaah umrah juga perlu berhati-hati dan mengetatkan SOP norma baharu sepanjang berada di Tanah Suci kerana kita tidak tahu status jemaah umrah dari negara lain.

Berita berkaitan: Tidak perlu kemuka status vaksin untuk umrah

Berita berkaitan: Jemaah umrah dinasihat patuhi peraturan Arab Saudi

Di Perak, seorang bakal jemaah umrah, Rosli Jaafar, 55, memberitahu, perubahan syarat itu dilihat tidak signifikan sekiranya tidak dise­laraskan dengan syarat yang ditetapkan oleh kerajaan.

Katanya, berdasarkan apa yang dilihat, urusan bakal jemaah umrah Malaysia adalah yang paling teratur kerana meletakkan keselamatan untuk mengelak jangkitan.

“Saya menganggap syarat yang ditetapkan kerajaan kita termasuk mendapatkan suntikan vaksin bukan sahaja untuk keselamatan jemaah tetapi juga jemaah lain di sana.

“Berada di Tanah Suci, kita akan bergaul dengan jemaah pelbagai negara, jadi vaksinasi ini saya anggap penting untuk imunisasi tubuh,” ujarnya.

Seorang lagi bakal jemaah, Nurulhuda Abdul Karim, 40, pula, melahirkan kebimbangan dengan langkah terbaharu Arab Saudi yang dikatakan boleh meningkatkan kes Covid-19.

“Saya bimbang kelonggaran syarat baharu ini. Mungkin jemaah kita telah lengkap divaksin tapi bagaimana pula dengan jemaah negara lain?” soalnya.

Di Kedah, seorang bakal jemaah, Fauziah Mohd. Noor, 53, berharap dia dapat mengerjakan umrah bersama lima ahli keluarganya termasuk ibunya, Saadiah Awang, 70, pada 23 Februari ini.

“Dari segi vaksinasi tiada masalah kerana kami telah mengambil dos penggalak.

“Doa saya urusan kami sekeluarga untuk ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah dipermudahkan dan ­ujian PCR adalah negatif,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI