fbpx

PRN Johor : PN laung amaran menang besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah Zainudin mengadakan sidang akhbar pada Majlis Program Kotak Prihatin dan Penyerahan Kotak Prihatin kepada Pertubuhan Pemandu Teksi Johor Bahru di MPC, Bandar Baru Uda, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Perikatan Nasional (PN) melaungkan amaran buat seteru parti politik yang lain bahawa akan memperoleh kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkeyakinan tinggi PN mampu mengulangi kejayaan yang dilakar pada PRN Sabah, September 2020.

Beliau yang juga Pengarah PRN Johor PN berkata, rakyat Johor akan memain peranan penting dalam membantu PN yang dianggotai Pas dan parti Gerakan untuk memastikan PN kembali bangkit memimpin negeri ini.

“Rakyat akan bersama kita untuk membuktikan bahawa kita adalah yang lebih baik bagi mencapai kemenangan yang besar pada PRN Johor ini sekali gus mengulangi kejayaan PRN Sabah.

“Bukan hanya di Johor, bahkan PN akan bangkit untuk tentukan masa depan rakyat di negeri ini. Saya lihat sambutan hari ini cukup luar biasa, jika UMNO tak takut saya tak tahulah.

“Isu siapa punca Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bukan lagi isu penting kerana sudah dibubarkan. Yang penting adalah untuk pastikan kuasa itu akan kembali kepada PN,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI