fbpx

PRN Johor: Harap SPR beri nasihat PRN lindungi pengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adham (tengah) bersama dengan Ketua Eksekutif Mobility Werk Group, Zulkifli Kasim (kiri) melancarkan Mobility Werk Group Sdn Bhd hari ini. -FOTO: ZULFAHLI ZAKI

SHAH ALAM – UMNO Johor berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menentukan dan menasihatkan sama ada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor itu sendiri akan melindungi pengundi semasa hari mengundi mahupun sepanjang kempen diadakan.

Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Seri Adham Baba berkata, pihaknya percaya sekiranya SPR sudah mempunyai perkara yang boleh digariskan, sudah tentu tarikh 26 Februari ini akan diteruskan dengan hari penamaan calon sebelum 12 Mac ditetapkan untuk tarikh pengundian.

Adham yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi memberitahu, beliau dimaklumkan bahawa varian Omicron ini memberi ‘milder infection’ dan tidak membawa kepada sistem kesihatan lebih bahaya.

“Saya sudah tanya Menteri Kesihatan (Khairy Jamaluddin), bahawa gelombang Omicron ini tidak membawa kepada sistem kesihatan menjadi lebih bahaya tetapi dengan ‘milder infection’.

“Saya yakin pihak SPR akan membuat beberapa pandangan, jadi kita lihat di sini ada perkara yang perlu ditimbangkan antara ‘life and living hood’.

“Jadi kita berharap SPR akan menentukan dan menasihatkan sama ada PRN itu melindungi pengundi dan (juga) semasa kempen tersebut (nanti),” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian bersama MW EV Sdn. Bhd. dan EZ Charge di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI