fbpx

PRN Johor: 4 petugas media positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Fauzi memaklumkan akan mengedarkan kit RTK-Ag kepada petugas media yang membuat liputan sempena PRN Johor.

JOHOR BAHRU – Seramai empat petugas media yang membuat liputan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disahkan positif Covid-19 setakat ini.

Presiden Kelab Media Johor (KMJ), Mohamad Fauzi Ishak berkata, susulan daripada itu sekurang-kurangnya lima lagi diarah menjalani kuarantin kendiri.

Beliau berkata, perkara itu itu agak membimbangkan dan menuntut petugas media yang lain dinasihatkan untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19.

“Berikutan perkembangan itu, KMJ akan mengedarkan kit Ujian Kendiri Rapid Antigen (RTK-Ag) kepada petugas media Johor yang membuat liputan PRN Johor sebagai langkah pencegahan dan berjaga-jaga.

“Ia akan diedarkan sebelum hari penamaan calon bagi membolehkan petugas media bersedia dan membuat ujian kendiri sebelum keluar bertugas.

“Petugas media juga dinasihatkan sentiasa berwaspada dan melakukan ujian kendiri secara rawak. Jika tidak sihat, dinasihatkan petugas media tidak keluar membuat liputan sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya ketika dihubungi hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI