fbpx

PPDNHEP Perlis kesan pemborong jual ayam melebihi harga maksimum PHM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai penguat kuasa PPDNHEP membuat pemeriksaan ke atas sebuah syarikat pemborong di Kepala Batas kerana disyaki menjual ayam standard melebihi harga siling borong di bawah PHM pada semalam.

KANGAR – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) Perlis mengesan sebuah syarikat pemborong di Bukit Pinang, Kepala Batas di Kedah kerana disyaki menjual ayam standard melebihi harga borong maksimum di bawah Penentuan Harga Maksimum (PHM) Ayam dan Telur Ayam.

Pengarahnya, Norazah Jaapar memberitahu, pemeriksaan oleh sepasukan pegawai penguat kuasa pada semalam mendapati syarikat itu menjual ayam standard pada harga RM8 sekilogram kepada peruncit ayam melebihi harga siling borong PHM iaitu RM7.60 sekilogram.

“Pemeriksaan ke atas syarikat pemborong itu dilakukan susulan pemeriksaan yang dijalankan kepada peruncit ayam di sekitar Perlis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

PHM berkuat kuasa selama 121 hari bermula pada 5 Februari lalu hingga 5 Jun depan.

Kata beliau, kes tersebut disiasat di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI