fbpx

MR D.I.Y. kongsi kegembiraan bersama golongan kurang bernasib baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alex (dua dari kanan, belakang) dan Presiden Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Angels, William Chang (tiga dari kanan, belakang) memegang replika sumbangan di Petaling Jaya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Peruncit pembaikan rumah terbesar di Malaysia, MR D.I.Y. Group (M) Bhd. (MR D.I.Y.) berkongsi kegembiraan sambutan Tahun Baharu Cina (CNY) baru-baru ini bersama golongan kurang bernasib baik di seluruh negara.

Lebih 400 penghuni di 15 rumah kebajikan, termasuk kanak-kanak, orang kelainan upaya dan warga emas menerima pakej mengandungi barangan kegunaan harian daripada MR D.I.Y.

Selain itu, setiap rumah kebajikan terlibat turut menerima barangan elektrik rumah seperti periuk nasi dan cerek serta barang kelengkapan penjagaan diri termasuk pelitup muka dan cecair pembasmi kuman.

Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, pihaknya percaya setiap perayaan akan menjadi lebih bermakna sekiranya kegembiraan dikongsi bersama lebih ramai orang.

“Kami berterima kasih kepada kesemua 15 rumah kebajikan yang menyokong usaha ini dan berharap sedikit sumbangan dihulurkan dapat memberi kegembiraan buat penerima,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, kakitangan MR D.I.Y. turut membawa keceriaan kepada 14 kanak-kanak yang merupakan penghuni Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Angels, Kuala Lumpur dalam sesi kunjungan pada Januari lalu.

Pelbagai aktiviti diadakan dalam kunjungan tersebut, termasuk mengadakan permainan, menanam pokok, melukis mural dan membersihkan serta menghias rumah dengan dekorasi Tahun Baharu Cina.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI