fbpx

‘Mood’ lebih baik, PN boleh menang PRN Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuan Ibrahim (kiri) melihat pelan projek Program NRW Nasional Pendekatan 1 Negeri Kelantan di LRA Pasir Tumboh, Kota Bharu hari ini. FOTO ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Konflik yang berlaku antara Pas dengan UMNO dalam Muafakat Nasional (MN) tidak menjejaskan peluang Perikatan Nasional (PN) untuk berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, ‘mood’ ketika ini sangat baik dengan peluang untuk PN di Johor lebih cerah berbanding suasana dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Pas melihat dari segi ruang kerjasama dan kita sentiasa terbuka untuk mengadakan persefahaman politik terutama dengan rakan-rakan yang boleh menerima kaedah untuk bersama.

“Apabila UMNO memutusakan untuk bergerak solo, kita tiada pilihan. Insya-Allah, mood yang ada sangat baik dan peluang kita lebih baik berbanding PRU-14 yang lalu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air mengadakan lawatan kerja di Projek Non-Revenue Water (NRW) Nasional Pendekatan 1 Kelantan di Loji Rawatan Air (LRA) Pasir Tumboh di sini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI