fbpx

Masih bimbang ancaman pak belang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Orang Asli di Pos Bihai, Gua Musang menerima bantuan makanan selepas mereka masih ketakutan untuk keluar mencari rezeki disebabkan serangan harimau belang bulan lalu

GUA MUSANG – Penduduk Orang Asli di Kampung Sau, Pos Bihai di sini, masih diselubu­ngi ketakutan menjadi mangsa serangan harimau belang yang dikesan masih berlegar di kawasan itu.

Penghulu Kampung Sau, Alak Asu berkata, meskipun sudah lebih sebulan serangan harimau yang mengorbankan seorang penduduk kampung itu berlaku, mereka masih lagi tidak berani keluar bersendirian.

Katanya, mata pencarian penduduk juga terjejas kerana kebanyakan mereka tidak keluar ke kebun sejak sebulan lalu.

“Rata-rata penduduk tidak ke kebun kecuali jika ditemani­ anggota Senoi Praaq dan Perhilitan (Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara).

“Ketakutan kami ini akan ber­akhir sekiranya harimau yang masih bebas berkeliaran itu ditangkap Perhilitan,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Terdahulu, mereka menerima kunjungan Ahli Dewan Unda­ngan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim di kampung berkenaan.

Sementara itu, Mohd. Syahbuddin berkata, bekalan makanan penduduk kampung yang terjejas dengan serangan harimau masih mencukupi setakat ini.

Katanya, selain bekalan makanan daripada pihaknya, penduduk Orang Asli turut mene­rima bantuan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Selain melawat keluarga mangsa serangan itu, saya turut membawa bekalan makanan kepada penduduk Kampung Sau.

“Mengikut taklimat Perhilitan, tujuh perangkap dan 52 kamera telah dipasang. Bagaimanapun, tiada seekor pun harimau masuk perangkap,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, seorang lelaki Orang Asli, Anek Along, 59, maut dibaham harimau belang di Kampung Sau sebelum haiwan itu ditembak Perhilitan pada 7 Januari lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI