fbpx

Lovaa Cosmetics sasar jualan 150,000 unit sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suzieyana menunjukkan produk keluaran syarikatnya

PETALING JAYA – SS Rich Empire Enterprise, pengeluar produk berjenama Lovaa Cosmetics mengunjurkan jualan le­bih daripada 150,000 unit sebulan pada tahun ini ekoran keyakinan pelanggan terhadap produknya semakin bertambah.

Pengasas syarikat, Suzieyana Hijau berkata, produk celak mata atau 2StepEyeliner yang mula dipasarkan pada bulan Mac tahun lalu dan memiliki fungsi dwicara telah mendapat perhatian pe­langgan sehingga mencatat jualan kira-kira 300,000 unit.

“Pengenalan produk melalui konsep berinovasi pelik dan kreatif yang menjadi taruhan kami telah berjaya mendapat tempat di pasaran.

“Bersandarkan pencapaian tersebut, kami telah memper­kenalkan produk kedua iaitu kit pembentuk alis mata diberi nama Eyebrow Kit #SakaKening­Lovaa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena majlis pengenalan produk di pasaran di sini baru-baru ini.

Turut hadir rakan niaganya, Muhammad Syarizal Mohd. Deno.

Suzieyana menjelaskan, dalam tempoh sebulan produk kedua itu diperkenalkan, ia telah berjaya dijual sebanyak 110,000 unit melalui sokongan ejen-ejennya yang seramai 1,000 orang di seluruh negara termasuk di negara jiran seperti Brunei dan Si­ngapura.

Selain itu, Muhammad Syarizal menerangkan, konsep berfikir di luar kotak dalam penghasilan produk keluaran syarikat bukan bertujuan untuk merumitkan pelanggannya tetapi mencari pendekatan berbeza daripada pesaing lain.

“Kami optimis dengan gerakan haluan berbeza menerusi kosmetik mudah, ringkas dan kreatif.Isteri saya sendiri akur dia bukan pandai sangat bersolek pada awalnya. Begitu juga dengan majoriti golongan wanita di luar sana.

“Oleh itu, Lovaa yang diinspirasikan daripada perkataan Love atau cinta itu umpama kasih sa­yang yang dizahirkan menerusi produk solekan kami yang memudahkan rutin solekan mereka, jadi semuanya senang,” ujarnya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN