CEMERLANG dan berjaya membintangi dua naskhah Netflix popular berturut-turut, nampaknya tuah pelakon Lee Yoo-mi semakin bersinar.
Dia menerima simpati penonton dek watak Ji-young yang kekurangan kasih sayang dan tidak kisah mengalah demi orang lain dalam Squid Game.
Wanita itu kemudiannya berjaya membuatkan emosi semua berbolak-balik dek ketamakan dan sikap penting diri sebagai Na-yeon dalam All Of Us Are Dead.
Disebabkan itu juga, populariti Yoo-mi meroket dan terbukti apabila pengikut dalam Instagram miliknya kini meningkat seramai 7.2 juta.
Berbanding jumlah asal sebelum ini, dia sekadar memiliki seramai 400,000 pengikut dalam Instagramnya.
Peningkatan tersebut mencatatkan 175 kali ganda dalam masa hanya lima bulan.
Namun, ramai menyifatkan tuah, kejayaan dan rezeki yang dicapai Yoo-mi sebagai sesuatu yang layak buatnya kerana terpaksa mengambil masa 11 tahun untuk sampai ke tahap itu.
Malah, baru-baru ini, dia juga tidak malu apabila mendedahkan pernah menjalani uji bakat sebanyak hampir 500 kali sepanjang karier lakonannya.