fbpx

Lebih 200 penduduk bantah asrama warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Idiris (tengah) bersama kira-kira 200 penduduk berkumpul mengadakan bantahan aman di Teluk Kumbar hari ini.

GEORGE TOWN – Lebih 200 penduduk Teluk Kumbar berkumpul secara aman hampir dua jam bagi mendesak Kerajaan Negeri Pulau Pinang memutuskan pembatalan pembinaan asrama warga asing di kawasan itu dalam kadar segera.

Demonstrasi aman bermula pada pukul 2.30 petang itu diadakan berhampiran tapak binaan di Lot 1859, 1860 dan 1865 di Tingkat Teluk Kumbar turut dihadiri 20 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO), nelayan dan parti politik.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Bantahan, Datuk Prof. Emeritus Muhammad Idiris Saleh berkata, bantahan kali kedua itu diadakan selepas penduduk masih tidak mendapat sebarang maklum balas termasuk tindakan pembatalan projek daripada pihak kerajaan.

Menurutnya, masih belum terlambat untuk penduduk menyatakan bantahan pembinaan bangunan asrama di kawasan penempatan penduduk tempatan meskipun pagar pembangunan telah dibangunkan di tapak projek terbabit.

“Kami mahu kerajaan negeri membatalkan segera projek ini dalam kadar segera. Pemimpin tempatan bersama penduduk Teluk Kumbar akan terus membantah sekeras-kerasnya pembangunan tersebut.

“Projek ini hanya menguntungkan pemaju namun memberi kesan buruk kepada penduduk tempatan. Kami akan terus berdemonstrasi selagi kerajaan negeri tidak menyatakan pembatalan projek asrama yang dikatakan akan menempatkan hampir 50,000 pekerja asing,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI