fbpx

Konsert Slam Mentari Muncul Lagi Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAMANI dan anggota Slam masih meneruskan sesi latihan di studio sebelum bertemu peminat pada Konsert Mentari Muncul Lagi Sabtu ini.

PETALING JAYA – Dua kali tertangguh akibat pandemik maut Covid-19, konsert Slam Mentari Muncul Lagi kini menghitung detik untuk menemui peminat Sabtu ini.

Dibawakan khas oleh Shiraz Projects Sdn Bhd, dengan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, konsert berkenaan akan berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, esok pukul 8.30 malam dengan kapasiti 50 peratus kehadiran beserta penjarakan fizikal.

Peminat yang bakal hadir juga diwajibkan membuat ujian kendiri Covid-19 sekurang-kurangnya 48 jam sebelum konsert berlangsung.

Pihak penganjur memandang berat soal SOP dan berharap penonton yang hadir untuk menyaksikan konsert ini turut mematuhi prosedur yang ditetapkan.

Sepanjang lebih dua jam konsert, vokalis unggul Zamani akan bersatu dengan pemuzik hebat iaitu Shah (gitar), Eddie (keyboard), Man (dram) dan Lili (bass) membawa khalayak mengimbau nostalgia masa lalu dengan seleksi hampir 20 buah lagu berhantu mereka sejak mula popular pada tahun 1991.

Tiga puluh tahun dalam industri dan melalui pelbagai kenangan pahit manis bergelar anak seni, Slam sentiasa menghadiahkan persembahan bertenaga dan kaya bunyi bagi melengkapkan detik indah buat semua peminat.

“Slam adalah sebuah kumpulan yang sudah lama pihak kami mahu bekerjasama. Impian kami untuk menganjurkan konsert mereka akhirnya jadi kenyataan.

“Kalau sebut tentang kelainan, kami boleh katakan susunan muzik akan lebih mantap dan kami membesarkan lagi muzik dan bunyi dengan penambahan instrumen. Selain itu, kami akan menggunakan teknologi moden dengan menyelaraskan visual dan teknik pencahayaan.

“Harapan kami agar Konsert Slam Mentari Muncul Lagi Sabtu ini akan menjadi permulaan untuk konsert- konsert kami seterusnya. Banyak perancangan yang sudah terkandas. Ini akan menjadi  pengenalan Slam serius kembali beraksi dan juga hadiah buat para peminat,” ujar Shiraz yang merupakan Ketua Pengarah Ekskutif Shiraz Projects mewakili Slam.

Katanya, persiapan dari segi mental dan fizikal sudahpun mencapai tahap 100 peratus termasuk latihan di studio Slam sendiri di Ampang, Selangor. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI