fbpx

KKM tingkat kapasiti pemantauan individu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Individu yang dipantau di rumah melalui Pusat Penilaian Covid-19 Maya (VCAC) semakin meningkat dengan mendadak melibatkan bilangan yang dipantau pada masa ini sebanyak 100,000 orang berbanding 30,000 orang pada tiga minggu lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Chong Chee Kheong berkata, sehubungan itu Kementerian Kesihatan (KKM) akan meningkatkan kapasiti pemantauan kepada 200,000 individu menjelang minggu hadapan.

Katanya, mengambil kira langkah-langkah yang telah diambil sepanjang enam bulan lalu dalam memperkukuhkan VCAC, KKM kini mempunyai keupayaan meningkatkan kapasiti untuk memantau individu yang menjalani isolasi atau perintah pengawasan dan pemantauan di rumah.

“Penubuhan Pasukan Bertindak Pantas Covid-19 Kebangsaan (RRTF) yang diumumkan Menteri Kesihatan pada 7 Februari telah pun mula meneliti situasi dari segi kapasiti katil Covid-19 dan situasi pemantauan individu di rumah.

“Bagi situasi semasa kapasiti katil Covid-19 adalah mencukupi dan mampu menampung jumlah kes semasa kerana bilangan kes dalam kalangan kategori tiga, empat dan lima adalah kurang daripada satu peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, beberapa hari kebelakangan ini, bilangan kes Covid-19 telah meningkat kepada bilangan yang hampir sama pada bulan Ogos dan September tahun lalu namun situasi hari ini adalah jauh berbeza. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI