PUTRAJAYA – Kes aktif Covid-19 terus mencatatkan peningkatan melebihi angka 100,000 apabila sebanyak 107,883 kes dilaporkan semalam, menurut data pada laman web CovidNow.
Ia melibatkan 96,655 kes dikuarantin di rumah, 5,751 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 5,319 kes di hospital, 80 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 78 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.
Dalam masa sama, 10 kes kematian Covid-19 turut dilaporkan, menjadikan jumlah kematian terkini mencatatkan sebanyak 32,075 kes.
“Terdapat satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID), dengan jumlah kes BID sebanyak 6,474 kes.
“Kesemua kematian Covid-19 tersebut dilaporkan di Perak (2), Selangor (2), Johor (1), Kedah (1), Kelantan (1), Melaka (1), Negeri Sembilan (1) dan Selangor (1),” menurut maklumat tersebut hari ini. -K!ONLINE