WASHINGTON – Sekumpulan jurutera mencipta kit aksesori yang boleh menukar kenderaan trak pikap elektrik keluaran Tesla, Cybertruck, menjadi sebuah katamaran, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.
Aksesori yang dinamakan sebagai Cybercat itu adalah buah fikiran dan rekaan seorang saintis bahan dari Amerika Syarikat, Anthony Diamond.
Dengan menggunakan Cybercat, kenderaan tersebut boleh bergerak di atas permukaan air pada kelajuan 40 kilometer (km) sejam dengan jarak sehingga 185 km.
“Kami percaya bahawa dengan lebih 1.3 juta tempahan yang diterima untuk Cybertruck, potensi pasaran bagi Cybercat adalah amat besar,” kata Diamond.
Cybercat dijangka dijual di pasaran pada harga sekitar AS$22,900-AS$32,900 (RM95,850-RM137,688).
Tesla bagaimanapun tidak memberikan sebarang jangkaan bagi tarikh Cybercat akan mula dijual. – AGENSI