fbpx

Kerajaan mahu bina 500,000 rumah mampu milik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri melawat salah satu perumahan rakyat di Sentul, Kuala Lumpur baru-baru ini

PETALING JAYA – Kerajaan telah membincangkan strategi penyediaan 500,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara yang akan dibangunkan sepanjang tempoh Rancangan Malaysa ke-12 (RMK-12).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perbincangan itu dilakukan menerusi Mesyuarat Majlis Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN) yang turut dihadiri Menteri-Menteri Besar dan Ke­tua-Ketua Menteri serta Menteri Kabinet.

Katanya, MPMMN merupakan platform bagi membincangkan dan menyelaras hala tuju pe­rancangan, penyelarasan serta pemantauan bagi penyediaan rumah mampu milik (RMM) di seluruh negara selaras matlamat Satu Keluarga Satu Rumah.

“Mesyuarat bersetuju mene­tapkan hala tuju baharu Program Perumahan Rakyat (PPR) yang mengambil kira keperluan semasa­ serta memasukkan komponen baharu ke arah menjayakan agenda Malaysia Berdaya Huni atau Liveable Malaysia.

“Pembinaan PPR baharu akan mengambil kira elemen seperti keterhubungan dan akses internet seperti fibre to the home (FTTH), jaringan hubungan pe­ngangkutan awam serta reka bentuk yang lebih ekonomik dan lebih selesa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut memperkenalkan Home Ownership Programme (HOPE) bagi melihat ekosistem menyeluruh dalam penyediaan perumahan, pembiayaan perumahan serta program-program yang dapat membantu Keluarga Malaysia dalam pemilikan perumahan.

“Mesyuarat mahu supaya Bank Negara melihat kembali model pembiayaan perumahan supaya memudahkan pemilikan perumahan.

“Ini bagi memastikan institusi kewangan mempermudahkan pinjaman untuk B40 dan M40 membeli rumah PPR dan rumah mampu milik. Fokus diberi untuk pembelian terus dan rent to own (sewa untuk milik),” jelasnya.

Dalam pada itu, katanya, pihaknya turut memberi tum­puan kepada pembinaan rumah mampu milik di bandar kecil dan pinggir bandar untuk meningkatkan peluang golongan M40 membeli rumah. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI