fbpx

Kecederaan bataskan pergerakan Aruwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARUWIN mengakui mengalami kecederaan otot hingga menyebabkan tersingkir daripada Run 2 acara slalom wanita Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 kelmarin. – AFP

ATLET ski alpine negara, Aruwin Salehhuddin menjelaskan dia berdepan masalah kecede­raan otot di bahagian keting pada Run 1 acara slalom wanita Sukan
Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 kelmarin.

Pada saingan yang berlangsung di Pusat Ski Alpine Kebangsaan Yanging itu, Aruwin gagal untuk menamatkan saingan apabila terjatuh di pertengahan aksi sehingga menyebabkan dia ter­singkir daripada Run 2.

Bagaimanapun, atlet yang baru beraksi dalam temasya pertamanya itu menjelaskan, dia terpaksa menanggung kesakitan selepas melepasi beberapa palang pada permulaan sebelum terjatuh.

“Secara keseluruhan, saya lakukan beberapa kesilapan kecil ketika melepasi beberapa palang awal tetapi berjaya untuk kembali mengimbangi aksi di kawasan rata, jadi saya sangat gembira.

“Sebenarnya, saya berdepan kecederaan ‘shin splint’ yang merupakan kecederaan kecil. Bagaimanapun, ia boleh menyebabkan kesakitan jika dikenakan tekanan terlalu tinggi,” katanya ketika dihubungi Kos­mo! semalam.

Biarpun menanggung ke­sakitan, atlet berusia 18 tahun itu masih mahu meneruskan aksi, namun dinasihatkan oleh jurulatih serta rakan-rakan atlet supaya lebih mengutamakan kesihatan.

“Sudah tentu saya kecewa kerana tidak dapat meluncur ke bawah dan menamatkan sai­ngan, tetapi rakan-rakan serta jurulatih beritahu kesihatan lebih utama bagi memastikan saya sentiasa berada pada tahap terbaik,” ujarnya.

Walaupun tidak menamatkan saingan dalam acara slalom, namun Aruwin wajar dipuji memandangkan dia sudah menunjukkan aksi terbaik menerusi acara giant slalom sebelum ini apabila berada di kedudukan ke-38.

Sebagai rekod, penyertaan Aruwin dalam edisi kali ini me­nyaksikan dia menjadi atlet wanita pertama negara bersaing di Sukan Olimpik Musim Sejuk selepas Malaysia mula menyertai temasya tersebut di Pyeongchang, Ko­rea Selatan pada 2018.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI