fbpx

Kanak-kanak miliki simpanan lebihi kadar nisab wajib bayar zakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kanak-kanak yang mempunyai simpanan tunai melebihi kadar nisab ditetapkan pihak berkuasa agama di negeri masing-masing diwajibkan membayar zakat wang simpanan.

Perkara tersebut dijelaskan oleh Pusat Pungutan Zakat (PPZ) di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerusi hantaran yang disiarkan dalam laman sosial rasminya.

Menurut pencerahan agensi tersebut, ramai ibu bapa yang mungkin terlepas pandang untuk tampil menunaikan kefarduan itu kerana tidak tahu bahawa kanak-kanak juga wajib berzakat.

“Selama ini ibu bapa hanya menumpukan zakat fitrah meliputi anak-anak sebagai tanggungan pada bulan Ramadan tetapi ramai tidak tahu kanak-kanak juga boleh dikenakan zakat,” terangnya.

Tuntutan berkenaan ujar PPZ, perlu dilaksanakan apabila anak kecil tersebut mencapai syarat wajib iaitu beragama Islam, merdeka, sempurna milik, cukup nisah dan tempoh haul setahun.

Justeru ujarnya, berdasarkan ketetapan asas syarak itu, tidak pula dinyatakan bahawa hanya yang akil dan baligh atau berakal dan cukup umur, sebagai syarat sah bagi dikenakan zakat.

Sebaliknya, kanak-kanak yang berusia bawah 18 tahun juga wajib membayar zakat sekiranya memenuhi lima syarat ditetapkan meskipun cuma budak tadika atau masih bersekolah rendah.

Zakat berkenaan tegas PPZ, dikenakan terhadap harta kekayaan dimiliki oleh kanak-kanak itu dengan di Wilayah Persekutuan mesti melebihi nisab minimum diputuskan iaitu RM15,762. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI