JOHOR BAHRU – Kad warga asing untuk warganegara asing yang sudah lama tinggal di Sabah akan dilaksanakan selepas semua sistem berkaitan diwujudkan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, cadangan itu akan dilaksana secepat mungkin.
Katanya, penggunaan kad warga asing itu penting untuk kerajaan mengetahui semua individu yang berada di dalam negeri ini serta identiti mereka.
“Semalam kita baru membincangkan penggunaan kad warga ini. Jadi, kena ambil sedikit masa apabila ada sistem tertentu yang akan kita buat secepat mungkin.
“Yang pastinya bahawa segala apa yang kita lakukan adalah demi kepentingan keselamatan rakyat Malaysia yang kita rasa akan terjaga dan terbela.
“Dengan adanya kad warga asing ini, ia membantu kita mengenali semua identiti warga asing dalam negara serta tahu keberadaan mereka,” katanya. – K! ONLINE.