fbpx

Johor Tigris turun dengan misi besar, wajib menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN Johor Tigris memiliki moral dan motivasi tinggi ketika ini dan bertekad untuk mencatat kemenangan ke atas kedua-dua lawan hujung minggu ini.

PERLU menang, itulah peri­ngatan kepada pasukan Johor Tigris ketika turun beraksi pada pusingan kedua saingan Liga Sepak Takraw (STL) 2022 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur hari ini.

Meskipun berdepan cabaran hebat apabila kehilangan dua pemain akibat positif positif Covid-19, namun ia tidak mematahkan semangat pasukan itu selepas tekad membenam Pe­nang Black Panthers dan Bomba.

Pengurus Johor Tigris, Ahmad Hasif Mohamed Halim berkata, moral dan motivasi pemain pada masa ini semakin baik, sekali gus menanam tekad untuk mencatat kemenangan ke atas kedua-dua pasukan lawan nanti.

“Ketika ini, hanya dua pemain disahkan positif Covid-19 iaitu pemain tekong, Ahmad Sufi Mohammed Hashim dan Nur Haziq Norali. Namun, bernasib baik kedua-dua pemain itu tidak menjalani latihan bersama pemain lain. Jadi, semua pemain boleh beraksi pada perlawanan esok (hari ini).

“Misi kami pada pusingan kedua STL ini adalah mencatat dua kemenangan bagi membolehkan pasukan perbaiki kedudukan selepas berada di tangga keenam.

“Saya yakin keputusan itu boleh dicapai selepas sebelum ini Johor mencatat kemena­ngan ke atas Bomba dan Penang. Jadi ia bukan satu misi yang mustahil,” katanya kepada Kos­mo! semalam.

Ketika diminta mengulas kehadiran pemain import dari Thailand, Hasif menegaskan, pasukannya tidak dapat menggunakan Swatbanchan Seekhwa pada minggu ini.

“Seekhwa akan bersama pasukan di Kelantan nanti ke­rana dia perlu menjalani kua­rantin. Saya yakin kehadirannya dapat membantu pasukan mencapai keputusan lebih baik berbanding aksi pusingan pertama,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI