fbpx

India dakwa bangunkan vaksin sejagat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vaksin jenis Covishield dan picagari dirakam diletakkan di atas meja sebuah kolej di Bangalore pada 4 Februari 2022. – AFP

NEW DELHI – Saintis India mendakwa telah membangunkan vaksin sejagat yang berkesan ke atas semua varian Covid-19, lapor laman Economic Times, kelmarin.

Kumpulan penyelidik dari Universiti Kazi Nazrul, Asansol dan Institut Pendidikan dan Penyelidikan Sains India memberitahu berjaya mereka vaksin peptida yang mampu melawan segala jenis varian Covid-19 sedia ada dan akan datang.

Penyelidikan mereka telah diterima untuk diterbitkan dalam Jurnal Cecair Molekul yang bertumpu  kepada aspek asas struktur, interaksi dan proses dinamik dalam cecair mudah, molekul serta kompleks.

“Dalam kajian ini, kami menggunakan pendekatan imunoinformatik untuk membentuk AbhiSCoVac, peptida chimeric berbilang sasaran berbilang epitope yang mampu menjana imuniti perlindungan terhadap kesemua enam varian hCoV-229E, hCoV-HKU1, hCoV-OC43, SARS-CoV, MERS-CoV serta SARS-CoV-2.

“Vaksini ini sangat stabil, antigenik dan imunogenik,” kata penyelidik Abhigyan Choudhury.

Choudhary berkata pasukannya membangunkan vaksin menggunakan kaedah pengiraan dan peringkat seterusnya akan melibatkan pengeluaran vaksin yang akan diikuti dengan ujian ke atas haiwan serta manusia.

“Vaksin jenis ini adalah satu-satunya yang pernah dibangunkan. Belum ada vaksin lain di dunia pernah direka untuk mengatasi semua virus keluarga koronavirus sekali gus,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI