fbpx

Amaran hujan berterusan di empat negeri sehingga Ahad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk dan waspada bagi beberapa kawasan di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, hujan berterusan tahap buruk dan waspada dijangka berlaku sehingga Ahad ini.

“Bagi amaran hujan berterusan tahap buruk dan waspada, hujan lebat dijangka berlaku di kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh di negeri Kelantan.

“Sementara itu, hujan berterusan dijangka berlaku di seluruh negeri Terengganu manakala di Johor melibatkan Mersing,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, amaran sama turut dikeluarkan di kawasan Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin di negeri Pahang.

Jelasnya, amaran hujan berterusan tahap buruk dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 millimeter (mm) dalam tempoh 6 jam.

Tambahnya, bagi amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi 6 jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI