fbpx

Tidak perlu kemuka status vaksin untuk umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

RIYADH – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan jemaah luar yang tiba di negara itu untuk menunaikan umrah tidak perlu lagi mengemukakan bukti status vaksinasi Covid-19, lapor Agensi Berita Kuwait (KUNA).

Kementerian itu dalam satu kenyataan akhbar pada Isnin lalu berkata, individu yang ingin menunaikan ibadah tersebut tanpa mengira status vaksinasi mereka, hanya perlu mengemukakan bukti negatif bagi ujian tindak balas rantai polimerase transkripsi balikan (PCR) atau ujian pantas antigen. 

Sampel bagi kedua-dua ujian tersebut perlu diambil dalam masa 48 jam dari tarikh perlepasan ke Arab Saudi.

Polisi tersebut mula berkuat kuasa pada pukul 1 pagi, semalam. 

Sebelum ini, Arab Saudi pada minggu lepas turut mengumumkan bahawa warganegaranya yang ingin keluar dari negara itu diwajibkan menerima dos penggalak vaksin Covid-19.

Ia termasuk mereka yang berada di negara itu selama tiga bulan selepas tarikh menerima dos kedua.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI