fbpx

Takaful pertanian dilancar suku kedua dengan padiberas perintis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronald bercakap pada Program Sesi Dialog Industri Agromakanan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan di Dewan Serbaguna MAFI, Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Seramai 320,000 pesawah di seluruh negara bakal menjadi kumpulan pertama yang menerima perlindungan insurans bencana alam di bawah Skim Takaful Agromakanan.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, perkara itu sedang giat diperhalusi oleh Agrobank di bawah kementerian itu sebelum dilancarkan.

“Kita harap agar pelancaran skim baharu ini akan dapat dilaksanakan segera dalam suku kedua pada tahun ini dengan petani sektor padiberas bakal jadi kumpulan perintis,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan portal bersepadu baharu, MyAgro Trade dan Sesi Dialog Industri Agromakanan 2022 di sini hari ini.

Cadangan insurans bidang pertanian makanan negara disuarakan Ronald pada 15 Mac tahun lalu sewaktu majlis penyerahan bantuan Tabung Bencana Tanaman Padi di Jitra, Kedah.

Ketika itu, inisiatif tersebut bertujuan melindungi pesawah yang berdepan masalah banjir sehingga menjejaskan pengeluaran beras wilayah utara Semenanjung.

Saranan itu kembali dibangkitkan oleh banyak pemain industri pertanian ekoran bah besar pada Disember lalu yang merosakkan tanaman mereka.

Susulan itu, kerajaan memperuntukkan RM100 juta bagi membantu golongan petani dan penternak yang terkesan akibat bencana alam luar jangka di beberapa buah negeri terlibat.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI