fbpx

Superbig Capital sasar buka 20 farmasi tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Superbig Capital Berhad (Superbig Capital) melalui anak syarikatnya, Superbig Healthcare Sdn Bhd (Superbig Healthcare) mengunjurkan jualan minimum antara RM25 juta hingga RM35 juta dengan pembukaan 20 cawangan baharu pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Superbig Capital, sasaran tersebut mampu dicapai berdasarkan aliran peningkatan pelanggan yang cenderung me­ngunjungi farmasi untuk mendapatkan bekalan ubat-ubatan dan vitamin serta makanan tambahan berbanding fasiliti yang disediakan di hospital dan juga klinik.

Menurutnya, ini kerana ke­sedaran orang ramai untuk me­ningkatkan tahap kesihatan diri dan juga kebimbangan mereka untuk berada di hospital yang selalu sesak.

Buat masa ini, syarikat memiliki 11 cawangan dan Kumpulan bercadang untuk membuka 100 lagi rangkaian farmasi dalam tempoh empat tahun.

“Sudah tiba masanya perkhidmatan ini dinaik taraf mengikut peredaran dan keperluan semasa.

“Disebabkan itu, kami memperkenalkan farmasi pandu lalu yang telah beroperasi sejak Oktober 2021 sebagai usaha me­ningkatkan inovasi perkhidmatan farmasi di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena majlis perasmian farmasi pandu lalu pertama di Kubang Kerian, Kelantan baru-baru ini.

Majlis perasmian farmasi tersebut telah disempurnakan oleh Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mumtaz Md Nawi. Hadir sama, Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Amrahi Buang.

Konsep farmasi pandu lalu itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.

Tambah beliau, persiapan untuk membangunkan sistem pandu lalu mengambil masa selama enam bulan kerana mencari peralatan yang berkualiti dan vendor yang berpengalaman.

Pelaburan pula adalah kira-kira RM200,000 hanya untuk peralatan dan infra pandu lalu bagi memastikan sistem tersebut beroperasi dengan sempurna.

“Selain memudahkan orang ramai mendapatkan bekalan ubatan dengan lebih selesa, tempoh masa berurusan juga hanya sekitar lima minit.

“Bagaimana sekiranya tempoh lebih lama diperlukan, pe­langgan akan diminta untuk ma­suk ke dalam premis.

“Untuk tujuan ini, kami telah menyediakan kawasan parkir kenderaan khas yang berhampiran,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI