fbpx

Sedihnya, 7 ekor ikan koi Fouziah Gous mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FOUZIAH tidak dapat menahan kesedihan melihat kesemua tujuh ekor ikan koi peliharaannya mati semalam.

PETALING JAYA – Hobi membela binatang peliharaan adakalanya menuntut perhatian seperti menatang minyak penuh. Salah teknik, nyawa si kesayangan akan melayang.

Hal sama dihadapi Datin Fouzkiah yang terpaksa menahan emosi apabila sebanyak tujuh ekor ikan koi peliharaannya dan suami mati akibat kecuaian kecil oleh pekerja penyelenggaraan.

Cerita Fouziah, 40, kesemua tujuh ekor ikan peliharaannya itu mati kerana pekerja yang datang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di kolam miliknya malam semalam terlupa menutup injap.

Akibatnya, air terawat di dalam kolam tersebut mengalir keluar dan pada masa masa air klorin tetap masuk sehingga menyebabkan ketujuh-tujuh ekor ikan tersebut akhirnya mati.

“Ramai yang hantar mesej tanya kenapa. Kesilapan kecil dilakukan oleh pekerja penyelenggaraan kami sebab terlupa tutup semula injap.

“Jadi air terawat keluar. Sementara air berklorin pula tetap mengalir masuk sehingga tujuh nyawa melayang. Saya yakin dia pun tak sengaja,” tulisnya.

Lebih menghibakan, antara ikan yang mati tersebut merupakan hadiah hari lahir anak-anaknya.

“Semoga tabah anak-anakku. Terima kasih ‘cow fish’, semoga kita jumpa di akhirat nanti,” ujarnya sayu.

Terdahulu menerusi InstaStorynya, Fouziah yang juga usahawan berkongsi video memaparkan suaminya, Datuk Zhafran Yusof membawa keluar kesemua bangkai ikan yang mati dari kolam.

Dalam kesemua yang mati, salah seekornya yang berwarna putih dan bertompok hitam merupakan hadiah hari lahir untuk anak keduanya, Zaheen Yusof.

“Tinggal kenangan hadiah hari lahir Zaheen. Semoga kuat sayang mommy. Maaf Zaheen, mommy dan daddy tak dapat selamatkan ikan koi awak,” tulisnya berserta emoji menangis.

Perkongsian Fouziah membuatkan ramai turut bersedih atas kehilangan dirasai pelakon itu dan keluarganya.

Rata-ratanya berkongsi kesedihan kerana turut pernah melalui pengalaman apabila ikan peliharaan milik mereka mati kerana kejadian sama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI