fbpx

Salah kembali perkuatkan Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH kembali menjalani latihan bersama skuad utama Liverpool untuk aksi bertemu Leicester di Anfield awal pagi esok. – AFP

LIVERPOOL – Bintang Liverpool, Mohamed Salah bersedia menebus kekecewaannya selepas gagal membantu Mesir menjulang trofi Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) apabila kembali beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu ini.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mendedahkan, Salah tidak mahu mengambil waktu rehat, sebaliknya bersemangat tinggi untuk turun bersama The Reds menentang Leicester City di Stadium Anfield awal pagi esok.

Ia pastinya menggembirakan para penyokong Liverpool selepas menyaksikan Salah kembali menjalani latihan bersama skuad utama dan menjelaskan dirinya ketika ini berada dalam keadaan terbaik untuk turun menentang Leicester.

“Mo (Salah) sudah kembali. Saya sudah bercakap dengan dia sebelum ini. Dia kelihatan kecewa tetapi fokusnya kini sudah beralih kepada Liverpool.

“Mo juga beritahu saya bahawa dia sudah bersedia. Secara jujurnya, saya tidak bimbang ke­rana dia seorang pemain berpengalaman dan tahu apa yang perlu dilakukan.

“Pada awalnya saya tidak mahu menurunkannya lagi tetapi dia enggan dipinggirkan dan mahu menjadi sebahagian daripada pasukan,” kata Klopp.

Bagaimanapun, Klopp mendedahkan, seorang lagi penyerang sensasi Liverpool, Sadio Mane tidak akan diturunkan kerana masih berada di Senegal meraikan kejayaan mereka menjuarai AFCON kali ini.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu menyaksikan Liverpool tewas 0-1 kepada Leicester menerusi gol tunggal daripada Ademola Lookman pada 29 Di­sember lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI