fbpx

Remaja perempuan disyaki bunuh bayi dibenar keluar wad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KEMAMAN – Remaja perempuan berusia 15 tahun yang disyaki membunuh bayi baru dilahirkannya telah dibenarkan keluar wad Hospital Kemaman di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, suspek yang baru bersalin sebelum dirawat selama dua hari di wad berkenaan.

“Dia kini ditempatkan di lokap Balai Polis Kerteh di sini untuk terus ditahan bagi meneruskan siasatan.

“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Hanyan memberitahu polis masih memburu lelaki berusia 20-an yang juga rakan sekampung suspek yang didakwa merogol suspek.

Beliau juga berkata, mayat bayi berkenaan masih ditempatkan di Unit Forensik Hospital Kemaman kerana proses bedah siasat terhadap masih belum selesai.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI