fbpx

Ramai teruja nak dengar tangisan Bilal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEHINGGA ke hari ini, Neelofa masih belum berkongsi wajah anak sulungnya kepada umum.

SEJAK bergelar seorang ibu, hampir setiap hari Neelofa berkongsi foto ‘teaser’ bayi lelakinya, Muhammad Bilal dalam Instagram.

Disebabkan perkongsian tersebut, ramai yang semakin tidak sabar dan teruja untuk melihat wajah bayi comel Neelofa dan Haris itu.

Lucunya, ada pula netizen yang teruja untuk mendengar tangisan Bilal. Sampai begitu sekali keterujaan ramai untuk melihat anak sulung Neelofa.

“Neelofa kalau kongsi Bilal menangis pun sudah teruja, tetapi dia hanya tunjuk beg sahaja,” ciap seorang netizen dalam Twitter.

Tidak cukup dengan itu, ada pula netizen yang menjadikan nama anak Neelofa dan Fazura sebagai contoh memilih nama untuk bakal anak mereka kelak.

“Rasa-rasanya kita boleh contohi Neelofa dan Fazura kerana nama anak sangat ringkas tetapi bermakna.

“Fatimah dan Bilal. Nanti nama anak aku juga akan ada dua patah perkataan sahaja,” tulis seorang netizen.

Lain macam ya penangan Bilal. Nampaknya dia akan menjadi antara anak selebriti yang paling popular di Malaysia.

MIZZ LAHAR: Bila agaknya Neelofa hendak berkongsi foto Bilal kepada umum?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI