fbpx

PRN Johor : Muda belum tetapkan calon di 6 kerusi DUN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dian Lee Cheng Ling

JOHOR BAHRU – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) masih belum menamakan calon yang akan bertanding di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat Muda, Dian Lee Cheng Ling berkata, pengumuman mengenai calon itu hanya akan dibuat oleh Presiden parti, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak lama lagi.

Katanya, dia juga tidak mengetahui kerusi yang akan ditandingi oleh Ahli Parlimen Muar itu pada PRN negeri ini.

“Semua perkembangan terkini mengenai Muda bagi PRN Johor akan diumumkan oleh Pusat begitu juga dengan pembahagian tiga kerusi daripada PKR,” katanya ketika ditemui pemberita di Medan Selera Plaza Larkin, di sini hari ini.

Semalam, Muda memaklumkan akan bertanding enam kerusi DUN dalam PRN Johor hasil rundingan dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP.

Muda akan bertanding di kerusi DUN Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap, Puteri Wangsa dan Bukit Permai. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI