fbpx

PRN Johor: BN umum calon sebelum 26 Februari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasni Mohamad beramah mesra dengan usahawan digital ketika lawatan di Ruang Kerja Iskandar Space Common Ground di Medini 6, Iskandar Puteri hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

ISKANDAR PUTERI – Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan senarai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dalam tempoh dua atau tiga hari sebelum hari penamaan calon yang dijadualkan pada 26 Februari ini.

Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad berkata, ketika ini, pihaknya sedang memuktamadkan senarai calon yang akan bertanding mewakili BN.

Menurut beliau, selain parti-parti komponen iaitu UMNO, MCA dan MIC, pihaknya juga sedang mempertimbangkan agihan kerusi kepada parti Friends of BN.

“Kita mendengar suara rakyat yang mahukan calon muka baharu, golongan profesional, wanita dan orang muda. Jadi tunggulah sehingga pengumuman dibuat.

“Soal peratusan calon muka baharu sukar untuk saya tetapkan sepertimana yang dilakukan pada PRN Melaka kerana Johor besar, jadi ramai calon yang perlu dikenal pasti,” katanya selepas merasmikan majlis pelancaran Common Ground Iskandar Space di Medini 6, di sini hari ini.

Pengerusi UMNO Johor itu turut memberi bayangan beliau kekal bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut pada PRN Johor kali ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI