fbpx

Pesakit usus, SLE idam temu, ‘doa’ Ebit Lew

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Syahera menunjukkan video Ebit Lew sambil diperhatikan Mohd. Shaid (kiri sekali) dan Sharizaton di rumah keluarganya hari ini.

KUALA SELANGOR – “Saya cuma mahu beliau mendoakan supaya tubuh kecil ini terus kuat berjuang dan segera sembuh.”

Demikian hasrat pilu seorang remaja perempuan yang menderita sakit usus dan Systemic lupus erythematosus (SLE) untuk menemui idola kesayangannya iaitu pendakwah terkenal, Ebit Lew.

Nurul Syahera Edmal Kamarul Bahrin, 15, diuji dugaan perit kerana hanya mampu terbaring lesu sejak hampir setahun lalu dengan berat badannya kini hanya 19 kilogram (kg).

Ibunya, Sharizaton Sawal, 43, berkata anak ketiga daripada empat beradik itu  kerap mengadu kemurungan, kelesuan dan kurang selera makan pada Mac tahun lalu.

Katanya, keresahan itu terungkai selepas terkejut melihat tubuh Nurul Syahera amat kurus sehingga menampakkan tulang ketika mahu membantu memandikannya.

“Saya dan suami (Kamarul Bahrin Kahaludin, 46) kemudian membawa dia menjalani pemeriksaan di beberapa klinik swasta namun memperoleh keputusan berbeza.

“Pada Julai tahun lalu, hasil ujian darah, rambut dan air kencing mendapati kulat di dalam ususnya sudah mencecah 90 peratus dan turut menghidap SLE,” katanya sebak ketika ditemui di kediamannya di Residensi Warnasari 2, Puncak Alam di sini, hari ini.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun Maybank 162740199609 atas nama Sharizaton atau menghubunginya di talian 014-7195610. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI