fbpx

Pemandu e-hailing didenda RM10,000 buat berita palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL Rahman Abdollah (kanan) didenda RM10,000 selepas mengaku bersalah terhadap dua tuduhan menghantar komunikasi palsu, di Mahkamah Sesyen Teluk Intan, Perak, hari ini.

TELUK INTAN – Seorang pemandu e-hailing didenda RM10,000 Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku salah terhadap dua tuduhan menghantar berita palsu.

Dia membuat hantaran kononnya Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengeluarkan kata-kata kurang sopan terhadap Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris.

Abdul Rahman Abdollah, 41, didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi palsu dengan niat menyakitkan hati orang lain menggunakan akaun Facebook ‘Abu Leman’.

Kesalahan itu dilakukan lada pukul 10.57 malam 30 April 2019 dan telah dibaca oleh individu yang berada di Taman Pelangi, Fasa 10, Langkap, dekat sini pada pukul 12.30 tengah malam pada 2 Mei tahun yang sama.

Abdul Rahman turut didakwa melakukan perkara sama menggunakan laman blog ‘Abu Leman’ dengan niat sama dan dibaca oleh individu serupa di alamat sama.

Kedua-dua dakwaan itu dilakukan di bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) serta boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI