fbpx

Masa untuk Helang Merah muncul juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad SANUSI (belakang, empat dari kanan) bergambar bersama Penaja dan Rakan Rasmi KDA FC musim 2022 di Kuala Lumpur semalam.

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor meluahkan keyakinan bahawa skuad Kedah Darul Aman (KDA FC) mampu merampas kejuaraan Liga Super daripada kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) pada saingan musim ini.

Sebagai rekod, skuad KDA FC telah menduduki status ‘naib juara’ Liga Super buat kali kedua berturut-turut, manakala pasukan Harimau Selatan gah dengan kejayaan mendominasi liga utama negara buat kali kelapan musim lalu.

Muhammad Sanusi berkata, skuad kendalian Aidil Sharin Sahak itu memiliki ramuan cukup untuk muncul juara tetapi kekangan dana yang dialami sebelum ini telah merencatkan momentum pasukan untuk tampilkan aksi diharapkan.

“Kita punya sasaran sudah tentu untuk menewaskan JDT dan menjuarai carta Liga Super musim ini. Cuma, sebelum ini sedikit sukar kerana kekurangan dana yang dihadapi oleh pasukan,” katanya pada sidang akhbar semalam.

Muhammad Sanusi ditemui ketika menghadiri Majlis Pekenalan Penaja dan Rakan Rasmi KDA FC musim 2022 yang berlangsung di Kuala Lumpur yang turut dihadiri penaung KDA FC, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar.

Ini adalah kali kedua Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah ‘mencuit’ pasukan JDT yang dimiliki Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ismail selepas perseteruan laman sosial yang dibuat pada aksi suku akhir Piala Malaysia tahun lalu.

Sementara itu, Muhammad Sanusi turut mengesahkan pasukan KDA FC kembali menggunakan ‘nama gelaran’ Sang Kenari bagi kempen musim baharu selepas sinonim dengan panggilan Helang Merah sebelum ini.

“Skuad KDA FC akan menggunakan nama gelaran Sang Kenari bermula musim ini seperti yang pernah dilakukan pada skuad Kedah yang lepas.

“Sementara itu, panggilan He­lang Merah adalah kekal menjadi milik KFA,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI