PETALING JAYA – Tular sebuah video yang memaparkan gelagat seorang pemuda menghayunkan tangannya menerusi ‘sunroof’ kereta untuk memberi isyarat sebelum membelok ke kanan di persimpangan lampu isyarat.
Difahamkan, signal kereta yang dinaikinya mengalami kerosakan dan tindakan pantas lelaki tersebut berjaya mencuri tumpuan pemandu lain.
Rakaman yang dimuat naik oleh @asrafusop di media sosial itu, telah menerima pelbagai reaksi orang ramai.
“Itulah fungsi ‘sunroof’, kalau signal kereta rosak, buat cara manual macam abang ini, terbaik usaha anda,” kata Awie Boi.
“Memang lawak, tapi saya puji sebab masih beri signal sebelum masuk simpang demi keselamatan diri dan orang lain,” ujar Misz Rubicon.
Selain itu, seorang pengguna dengan nama @Jotaroo menganggap lelaki tersebut seorang yang bertanggungjawab dan memikirkan keselamatan pemandu lain yang berada di jalan raya.
“Bertanggungjawab betul lelaki itu, usaha bagi signal guna tangan, sekurang-kurangnya pemandu lain boleh peka dan berhati-hati,” katanya. – K! ONLINE